Lawatan Menteri Besar Perak Ke Kompleks JMG Ipoh

lawatan mb perak3

IPOH, 15 September 2014: Pada hari ini, Kompleks JMG Ipoh telah dikunjungi oleh Tetamu Istimewa, Menteri Besar Perak Dato' Seri DiRaja Dr. Zambri Bin Abdul Kadir serta rombongan dari MB Incorporated, Setiausaha Kerajaan, Pejabat Tanah dan Galian, Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) serta EXCO Kerajaan Negeri.

Rombongan Menteri Besar ini telah dibawa ke Bilik Mesyuarat JMG Perak untuk acara taklimat. Taklimat telah disampaikan oleh Pengarah Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Tn. Hj. Mior Sallehhuddin Mior Jadid. Dalam majlis yang sama juga diadakan sesi menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) di antara MB Inc. yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif En. Aminudin Hashim dan JMG Malaysia yang diwakili oleh Ketua Pengarah Dato' Yunus Abdul Razak.

Rombongan dibawa melawat Muzium Geologi seterusnya ke Pusat Penyelidikan Mineral bagi melihat sendiri proses penghasilan produk kristal.

Sesungguhnya lawatan Meteri Besar Perak ini amat bermakna bagi seluruh warga Kompleks JMG Ipoh ini.

Video: http://www.youtube.com/watch?v=iWTfON0ePV4&list=UUtvI2U5GOslPEtBH3FyxRzA