Makan Malam KSKBPT 2014

IPOH, 18 Okt. 2014:   Kelab Sukan Dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal telah mengadakan Majlis Makan Malam pada 18 Oktober 2014. Program dua tahun sekali ini telah pun diadakan kali pertama pada tahun 2012 yang lalu.

makan malam 18-10-2014

Pada tahun ini Majlis Makan Malam telah diadakan di Hotel Kinta Riverfront Ipoh dengan disertai oleh lebih kurang 110 ahli kelab beserta keluarga masing-masing. Program ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim sesama ahli kelab.

Program bermula seawal jam 8:00 malam dengan dimulakan dengan ucapan Pengarah BPT, Tn. Hj. Mior Sallehhuddin Mior Jadid dan Timbalan Presiden KSKBPT, En. Fahami Abas. Selanjutnya ialah penyampaian sumbangan kebajikan kepada ahli-ahli. Program ini juga diserikan dengan acara cabutan bertuah kepada ahli-ahli yang bertuah.