Mesyuarat Persediaan Majlis Perasmian Telaga Tiub

Mesyuarat Persediaan Majlis Perasmian Telaga Tiub

SEREMBAN, 29 Mac 2018 - Satu mesyuarat persediaan Majlis Perasmian Telaga Tiub di Hutan Simpan Pasoh telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia pada jam 2.30 petang ini. Majlis ini telah dirancang untuk diadakan pada 10 April 2018.

Turut hadir di dalam mesyuarat ini adalah Pengarah JMG NSM dan beberapa orang pegawai , Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia berserta beberapa orang kakitangan beliau, wakil kepada YB Dato' Haji Jalaluddin Bin Hj Alias (ADUN Pertang) dan Pegawai Majlis Daerah Jelebu.

Mesyuarat telah membincangkan tentang perjalanan majlis yang bakal diadakan beserta pembahagian tugas setiap agensi yang terlibat. Majlis ini dirancangkan akan dirasmikan oleh ADUN Pertang iaitu YB Dato' Haji Jalaluddin bin Hj Alias.

087a5aa0-6118-4209-9351-16cbd400dee9

Pengarah JMG NSM, En Joanes Muda bersama Pengarah Perhutanan, En Salim bin Aman (dua dari kanan) bersama pegawai yang hadir di dalam mesyuarat persediaan majlis.