MESYUARAT PEMURNIAN TERMA RUJUKAN (TOR) BAGI KAJIAN KEMUNGKINAN (FEASIBILITY STUDY) BERSEPADU SUMBER AIR DAN TEBATAN BANJIR DI KOTA BELUD, SABAH

MESYUARAT PEMURNIAN TERMA RUJUKAN (TOR) BAGI KAJIAN KEMUNGKINAN (FEASIBILITY STUDY) BERSEPADU SUMBER AIR DAN TEBATAN BANJIR DI KOTA BELUD, SABAH

KOTA KINABALU, SABAH (29 JANUARI 2019) : SELASA, Jabatan Pengairan Malaysia telah mengadakan satu mesyuarat Pemurniaan Terma Rujukan (TOR) bagi Kajian Kemungkinan (Feasibility Syudy) Bersepadu Sumber Air dan Tebatan Banjir di Kota Belus, Sabah pada pagi ini di Jabatan Pengairan dan dan Saliran Negeri Sabah, Aras 5, Wisma Pertanian, Jalan Tasik Luyang Off Jalan Maktab Gaya, Kota Kinabalu, Sabah sekitar jam 9.00 pagi ini.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Yang Berusaha Ir. Haji Abdullah bin Isnin (Timbalan Ketua Pengarah - Bisnes), Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia. Jabatan Mineral dan Geosains Sabah telah diwakili oleh En. Mohd. Yusop bin Ramli (Pengarah JMG Sabah), En. Fredolin Javino (Penolong Pengarah Kanan) dan En. Bailon Golutin (Penolong Pengarah Kanan).

Antara tujuan mesyuarat ini adalah membincangkan berkaitan kejadian gempa bumi bermagnitud 5.9 Skala Richter yang berlaku pada 5 Jun 2015 di Kundasang yang juga merupakan gempa pada skala tertinggi pernah direkodkan di Malaysia Sejarah gempa bumi di Sabah mula direkodkan sejak 1897 dengan 3.6 hingga 5.8 skala Richter Skala Richter tidak diberi perhatian yang sewajarnya sampai kejadian yang memberi kesan yang destruktif pada pagi 5 Jun 2018.

Selain 18 nyawa hilang , kecederaan dan kerosakan harta benda, kejadian gempa ini juga disusuli oleh sekatan sekunder iaitu aliran puing (aliran puing) di Sungai Mesilau di Kundasang dan Sungai Melangkap di Kota Belud, selain menyebabkan runtuhan cerun dan batu di Gunung Kinabalu. Gempa 2015 juga menjadi faktor penyebab kepada perubahan corak banjir di kawasan Kota Belud apabila lebih 80 kejadian banjir pada tahun 2017 dicatatkan di kawasan Kota Belud.

Setelah lebih daripada 3 tahun berlalu, didapati bahawa terdapat keperluan untuk membuat penilaian risiko pelbagai bahaya di kawasan Gunung Kinabalu dan Kota Belud dalam membantu perancangan mengurangkan risiko risiko bagi mencegah dan meminimumkan kesan bencana jika berlaku.

Sumber Maklumat : En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee
Sumber Foto : En. Bailon Golutin