Program Kembara Alam Sekitar

Program Kembara Alam Sekitar

JELEBU, NEGERI SEMBILAN (12 November 2019) - Program Kembara Alam Sekitar dan Lawatan Ke Geotapak Pasoh di Daerah Jelebu telah diadakan pada hari ini. Program yang bertujuan untuk memperkenalkan khazanah geologi di Gua Pelangi dan Gua Tirai ini telah menarik perhatian pengunjung yang terdiri dari guru-guru dan pelajar dari Sekolah Kebangsaan Simpang Durian. Selain daripada itu, turut hadir ke pameran ini adalah pengkaji dan penduduk sekitar Pasoh. 

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung, antara antiviti-aktiviti tersebut adalah lawatan ke Gua Pelangi dan Gua Tirai, demonstrasi menghidupkan api menggunakan batu serta demonstrasi masakan ayam pansuh di dalam buluh. Selain daripada pameran geologi, terdapat juga pameran serangga dari UKM.

Seramai 6 orang kakitangan JMG NSM telah menjayakan pameran ini. Program yang diadakan dengan kerjasama diantara ATOA dan JMGNSM ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pengunjung yang hadir.