PERBINCANGAN PETA INDEKS GEOTAPAK WARISAN GEOLOGI NEGERI SEMBILAN

PERBINCANGAN PETA INDEKS GEOTAPAK WARISAN GEOLOGI NEGERI SEMBILAN

2 Januari 2019, Seremban - Satu sesi Pra Perbincangan Peta Indeks Geotapak Warisan Geologi Negeri Sembilan telah diadakan di pejabat JMG NSM yang terletak di Jalan Tuanku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan. Perbincangan telah diadakan diantara En Joanes Muda (Pengarah JMG NSM) bersama Puan Siti Faridah (Timbalan Pengarah), En Mohd Nizam bin Md Noordin (Penolong Pengarah Kanan) serta wakil Unit Perancangan Geosains (PGS), Ibu Pejabat JMG iaitu  En Muhammad Mustadza  Mazni (Penolong Pengarah Kanan)  bersama dua orang PSH. Turut hadir di dalam perbincangan ini adalah En Mohd Kamarul Arifin bin Mohd Wafa yang bertugas sebagai Ahli Majlis Majlis Perbandaran Seremban. 

Perbincangan adalah berkisarkan kepada kesedaran dan kepentingan warisan geologi dan ekonomi pembangunan geopark kepada masyarakat umum dan kepada kerajaan Negeri Sembilan. Satu taklimat tentang JMG dan aktiviti yang dijalankan turut  telah disampaikan oleh En Muhammad Mustadza kepada wakil MPS. Hasilnya, pihak MPS telah maklum tentang peranan JMG dan kepentingan mengenalpasti dan memelihara warisan geologi. Beliau turut meminta agar kesedaran tentang kepentingan warisan geologi ini disampaikan kepada masyarakat umum. 

IMG 20190102 101853

IMG 20190102 101853

IMG 20190102 101853

IMG 20190102 101853

IMG 20190102 101853

IMG 20190102 101853

IMG 20190102 101853