Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-62

Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-62

PERTANDINGAN PERBARISAN ANTARA UNIT DI JMG NEGERI SEMBILAN / MELAKA

 

    Pada 29 Ogos 2019 sebuah pertandingan perbarisan antara unit-unit di JMG Negeri Sembilan / Melaka telah diadakan. Pertandingan ini disertai oleh Unit Pentadbiran, Unit Sumber Mineral, Unit Geosains, Unit Khas dan Unit IT. Perbarisan ini dimulakan pada jam 9 pagi dimulakan dengan lintas hormat kepada Pengarah Joanes bin Muda oleh Unit Pentadbiran dan diikuti oleh unit-unit yang lain.

    Setiap perbarisan mempunyai identiti yang tersendiri. Selepas perbarisan nyanyian lagu patriotik seperti Jalur Gemilang dinyanyikan oleh semua staf JMG NSM. Perbarisan ini didapati mampu memupuk rasa cinta yang mendalam terhadap tanah air kita.

    Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-62. Semoga negara tercinta terus maju, aman dan damai.