Sambutan Hari Raya Aidilfitri di JMG NSM

Sambutan Hari Raya Aidilfitri di JMG NSM

Seremban, 28 Jun 2018 - Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat JMG NSM telah diadakan di perkarangan bangunan JMG NSM. Sambutan yang meriah ini telah dihadiri oleh semua kakitangan JMG NSM dan beberapa orang kakitangan dari Ibu Pejabat, Selangor dan dari negeri-negeri lain. Program ini diadakan bersekali dengan Perhimpunan Bulanan Pejabat. Pelbagai aktiviti telah diadakan, antaranya pertandingan menganyam ketupat, kuiz dan pertandingan pakaian tercantik.