SESI KETIKAN KAD PERAKAM DAN LAMBAIAN TERAKHIR KP JMG

 SESI KETIKAN KAD PERAKAM DAN LAMBAIAN TERAKHIR KP JMG
Satu Majlis 'punch-out’ Ketua Pengarah JMG Malaysia, YBrs. Tuan Haji Hisamuddin bin Termidi telah diadakan di Ibu Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia yang dihadiri oleh Pengarah-pengarah Cawangan serta seluruh warga Ibu Pejabat JMG.
Di majlis ini juga YBrs. Tuan Haji Hisamuddin menyampaikan ucapan ringkas serta amanat terakhir yang disaksikan oleh warga kerja JMG yang hadir.
Seluruh warga kerja JMG ingin mengucapkan ‘Selamat Bersara’ dan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBrs. Tuan Haji Hisamuddin atas jasa dan khidmat bakti beliau selama 35 tahun dan 7 bulan berkhidmat sebagai penjawat awam. Sumbangan dan usaha yang telah diberikan pastinya akan terus dijayakan dan semoga persahabatan yang terjalin sepanjang perkhidmatan tidak akan terhenti di sini malah akan terus berkekalan.
Buah bidara si buah keranji,
Berseni ditampan dek seri siantan,
Selamat bersara tuan KP JMG,
Budi dan jasa tuan dalam ingatan.
Selamat menikmati alam persaraan dan selamat maju jaya.