Sukan Dart Persahabatan (KESMiG) - JMG NS/M v/s SUK Negeri Sembilan (UPENS)

18 Januari 2013 (Jumaat), Kelab Sukan Dan Kebajikan JMG NS/M (KESMiG)telah mengadakan sukan dart persahabatan antara JMG NS/M dengan Setiaushasa Kerajaan Negeri Sembilan (SUK N.9)*UPENS Acara ini diadakan sebagai pendedahan kepada staf JMG NS/M dalam sukan ini. Format penrtandingan yang telah diaturkan ialah 2 foursum (lelaki dan wanita)& 6 beregu (5 campuran dan 1 lelaki). Seramai 18 orang staf JMG NS/M telah mengambil bahagian dalam acara ini mengikut giliran masing-masing. Majlis ini dimeriahkan lagi oleh kehadiran Pengarah JMG NS/M En. Mustafar B. Hamzah dan Pengarah SUK N.9(UPENS)Dato' Tahar selaku pemain dalam acara beregu lelaki. Seperti biasa permainan dimulakan dengan acara 4sum lelaki dan wanita serentak. Seterusnya acara beregu campuran pula mengambil tempat. Pertandingan ini dijalankan dalam suasana yang harmonis dan ukhwah antara setiap pemain. Setiap pemain bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan. Tahniah kepada semua darters JMG NS/M di atas komitmen yang telah diberikan. Darters JMG NS/M telah mencapai 6 kemenangan dari 8 acara. Mata terakhir iaitu yang keenam JMG NS/M berjaya di raih oleh pasangan En. Mustafar & Yusuf Asbi v/s Dato' Tahar & Ismaily dengan keputusan tipis 2-1. Sekitar gambaran semasa pertandingan berlangsung.