Conference On Sustainable & Responsible Mineral Resource Development In Malaysia – Responsible Mining Today for a Better Tomorrow

Conference On Sustainable & Responsible Mineral Resource Development In Malaysia (CSRMRD) telah dilaksanakan dengan jayanya di Hotel Zenith Kuantan, Pahang Darul Makmur pada 4 dan 5 Disember 2017 yang lalu. Seminar dianjurkan bersama oleh Malaysian Chamber of Mines (MCoM) dan Tin Industry (Research & Development) Board dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang (UMP) serta disokong oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia dan Kuala Lumpur Tin Market. Seminar dua hari yang diadakan membawa tema Responsible Mining Today for a Better Tomorrow dan dihadiri oleh para peserta antarabangsa dan tempatan, ahli profesional mewakili bidang industri perlombongan, pengkuarian, jurutera perlombongan, ahli geologi dan para ilmuan serta pelajar universiti.

JMG Pahang telah diberikan penghormatan untuk menjadi wakil JMG Malaysia bagi pameran semasa seminar CSRMRD. Tema yang dibawakan oleh JMG Pahang untuk pameran ialah Perlombongan dan Warisan Perlombongan di Malaysia.

Antara para jemputan kenamaan yang hadir ke majlis perasmian CSRMRD ini ialah YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob, YB Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, Datuk Ir Dr Haji Hamim bin Samuri serta YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato' Sri Muhammad Safian bin Ismail.

Seminar dimulakan dengan ucapan aluan dari Dato’ Seri Dr Mohd Ajib Anuar, Presiden Malaysian Chamber of Mines disusuli ucapan hormat oleh YB Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, Datuk Ir Dr Haji Hamim bin Samuri.

IMG 6090a

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob selanjutnya menyampaikan ucapan amanat beliau. Antara lain ucapan beliau turut menyatakan tentang Negeri Pahang yang mempunyai kepelbagaian sumber mineral yang sesuai untuk dibangunkan secara mampan bagi industri perlombongan yang penting bagi perkembangan ekonomi negara. Beliau seterusnya berkenan menyempurnakan perasmian seminar CSRMRD.

IMG 6103a

Majlis perasmian kemudiannya diikuti dengan majlis menandatangani Memorandum of Understanding (MoU) antara pihak JMG Malaysia dan UMP mengenai pendidikan dan perkongsian maklumat berkaitan industri perlombongan dan mineral yang turut disaksikan oleh YAB Menteri Besar Pahang dan YB Timbalan Menteri.

IMG 6113a

MOU

 

IMG 6129a

Sesi pertama seminar dipengerusikan oleh mantan Ketua Pengarah JMG Malaysia, Dato’ Yunus bin Abd Razak. Antara pembentangan dari sesi pertama ialah ucaptama dari Presiden MCoM, Dato’ Seri Dr Mohd Ajib Anuar, pembentangan oleh Ketua Pengarah JMG, Tuan Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi bertajuk Sustainable Development Goals and the Mining Sector in Malaysia, serta pembentangan oleh En Hisamuddin bin Termidi berkaitan Responsible Mineral Resource Development – The Way Forward.

IMG 6135a

Sesi petang seminar selepas makan tengahari dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah JMG Malaysia, En Kamal bin Daril. Antara pembentangan dari sesi kedua ini ialah dari Dr Teh Guan Hoe berkaitan Responsible Bauxite Mining and The Way Forward in Sustaining its Operation – The Industry Perspective dan pembentangan oleh Dato’ Mohd Zaim bin Abdul Wahab, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Teknikal JMG Malysia bertajuk Challenges of Mining Right – The Government Perspective.

Hari pertama seminar CSRMRD diakhiri dengan majlis makan malam untuk semua peserta di Cashmere Ballroom, Hotel Zenith, Kuantan

Sesi pertama hari kedua seminar dipengerusikan oleh Pengarah JMG Pahang, Dato’ Ir Azman bin Ab. Majid. Antara pembentangan dari sesi ini ialah pembentangan oleh Dato’ Sia Hok Kiang, Pengerusi Malacca Mining Sdn Bhd bertajuk The Revival of the Malaysian Tin Mining Industry dan pembentangan oleh Dato’ S.S. Subramaniam, Senior Council Member, Malaysian Chamber of Mines berkaitan The Role of the Government, the Malaysian Chamber of Mines and Mining Consultants in Malaysia. Selepas rehat kopi, Ir Dr Mior Termizi Mohd Yusof menyampaikan pembentangan beliau bertajuk Guidelines on Rehablilitation / Final Mining Closure Planning diikuti oleh Prof Madya Dr Habibah binti Jamil dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkaitan Human Capital Development for the Mineral Resource Industry.

IMG 6168a

Sesi petang seminar hari kedua selepas makan tengahari dipengerusikan oleh Prof Dr Zulkifli Yaacob dai Universiti Malaysia Pahang. Antara pembentangan dari sesi petang ini ialah dari Dr Nazwin binti Ahmad dari Pusat Penyelidikan Mineral JMG Malaysia yang membuat pembentangan bertajuk Promoting of Environment Friendly Mineral Resource Development through R & D dan pembentangan oleh En Teoh Lay Hock, Perunding Teknikal, Malaysian Chamber of Mines berkaitan Corporate Social Responsibility in the Tin Mining Industry

Sesi seminar diakhiri dengan sesi Panel Discussion yang dipengerusikan oleh Prof Dr Zulkifli Yaacob dari Universiti Malaysia Pahang selaku moderator. Ketua Pengarah JMG Malaysia, Tuan Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi turut menjadi ahli bagi panel perbincangan ini. Beberapa persoalan dan pandangan menarik telah diutarakan oleh para peserta seminar membabitkan JMG Malaysia dan Tuan Ketua Pengarah telah memberikan maklumbalas yang bersesuaian mengenai perkara yang ditimbulkan.

IMG 6199a

Seminar CSRMRD ini tamat dan ditangguhkan ke persidangan yang akan datang pada pukul 6.00 petang.

Nota : Tajuk penuh dan pembentangan semasa CSRMRD boleh dirujuk laman web www.mcom.com.my