Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat En Zaki Bin Alias Menunaikan Haji JMG Pahang 2018

Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat En Zaki Bin Alias Menunaikan Haji JMG Pahang 2018

Pada 3 Ogos 2018, bersamaan Hari Jumaat, 21 Zulkaedah 1439H, JMG Pahang telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat bagi meraikan En Zaki bin Alias, Pegawai Geosains, Unit Sumber Mineral JMG Pahang yang akan berangkat menunaikan Fardu Rukun Islam Kelima iaitu menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah. Majlis ini diadakan di bilik serbaguna tingkat bawah bangunan JMG Pahang dan telah dihadiri oleh kakitangan JMG Pahang yang beragama Islam. En Zaki bin Alias dan isteri beliau dijadualkan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 9 Ogos 2018, bersamaan 27 Zulkaedah 1439 H.

Sebelum bacaan yasin dimulakan, majlis telah memberikan kesempatan kepada En Zaki bin Alias untuk menyampaikan salam sepatah dua kata. En Zaki bin Alias mengucapkan terima kasih dari pihak beliau serta isteri beliau dan memohon kemaafan sekiranya ada salah silap perlakuan yang pernah dilakukan sepanjang beliau di JMG Pahang. Beliau mengucapkan syukur ke hadrat Allah kerana telah diberi kesempatan menunaikan haji dalam usia yang agak awal dan memohon doa serta restu semua yang hadir.

Pengarah JMG Pahang, Dato’ Ir. Azman bin Ab. Majid dalam ucapan balas beliau, mengucapkan selamat jalan dan selamat menunaikan ibadah kepada En Zaki serta memberikan sedikit sebanyak nasihat tentang perihal menunaikan haji berdasarkan pengalaman beliau sendiri menunaikan haji pada tahun 2015.

zaki3

Bacaan Yasin diketuai oleh En. Hazami bin Abdullah yang selanjutnya menyambung dengan tahlil dan doa selamat, khusus kepada yang diraikan.

zaki2

Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat ini ditangguhkan pada pukul 11.00 pagi dengan jamuan makan tengahari.

Alhamdulillah, majlis ini telah dapat dilaksanakan dengan baik hasil kerjasama kakitangan JMG Pahang yang hadir. Didoakan En. Zaki bin Alias dan isteri beliau akan dipermudahkan Allah sepanjang urusan beliau menunaikan Rukun Islam tersebut dan beroleh haji yang mabrur…Insha Allah…Didoakan juga kita akan dijemput sebagai tetamu Allah pada musim-musim yang akan datang…Amin…

Labaik Allahumma Labaaik, Labaaik Laa Syarika Laka Labaaik Inal Hamda Wan Ni’mata Laka Wal Mulka La Syarikalah.