LAWATAN KERJA YB MENTERI AIR TANAH DAN SUMBER ASLI KE KUANTAN, PAHANG

LAWATAN KERJA YB MENTERI AIR TANAH DAN SUMBER ASLI KE KUANTAN, PAHANG

18 Februari 2019/ 13 Jamadil Akhir 1440H. Yang Berhormat Dr. Xavier Jayakumar, Menteri Air Tanah dan Sumber Asli Malaysia telah mengadakan sesi lawatan kerja ke Negeri Pahang dan Daerah Kuantan secara khusus bagi melawat dan meninjau sendiri kedudukan terkini kawasan-kawasan tapak lombong bauksit di sekitar Kuantan serta melihat fasiliti kemudahan pelabuhan yang ada di Pelabuhan Kuantan bagi industri berkenaan bauksit. Turut hadir bersama YB Menteri sepanjang sesi lawatan ialah ialah YB Sim Chon Siang, ADUN bagi kawasan Teruntum, Kuantan.

Lawatan YB Menteri telah diiringi oleh Yang Berusaha Datuk Zurinah Binti Pawanteh, Ketua Setiausaha Kementerian Air Tanah dan Sumber Asli Malaysia, bersama ahli-ahli rombongan jemputan kementerian di Putrajaya. Turut hadir bersama sepanjang lawatan ialah ketua dan wakil jabatan dan agensi kementerian dari Negeri Pahang serta wakil-wakil dari pihak Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dan agensi-agensi Kerajaan Negeri. Jemputan dari JMG Malaysia diketuai oleh Yang Berusaha Datuk Shahar Effendi bin Abdullah Azizi selaku Ketua Pengarah JMG Malaysia.

JMG Pahang telah diberikan mandat bagi menguruskan perkara berkaitan logistik, lawatan lombong serta kawalan trafik semasa sesi lawatan YB Menteri.

Lawatan YB Menteri bermula dari Hotel Zenith Kuantan pada pukul 8.30 pagi, menuju ke tapak lombong bauksit di Bukit Goh, Kuantan. Tapak lombong yang di lawat ialah bekas tapak lombong yang pernah aktif sebelum moratorium dimulakan pada tahun 2016, dengan pemilik asal terdiri dari peneroka-peneroka Felda sekitar Bukit Goh, Kuantan. Penerangan ringkas telah diberikan oleh Pengarah JMG Pahang, Dato’ Ir Azman bin Ab. Majid serta wakil dari pihak Perbadanan Kemajuan NEgeri Pahang (PKNP) berkenaan usaha untuk menguruskan bauksit secara lebih tersusun, mapan dan efektif.

M IMG 8860

M IMG 8866

M IMG 8875

Lawatan seterusnya YB Menteri ialah ke tapak lombong bauksit di Kota SAS, Kuantan. Kota SAS ialah sebuah kawasan yang sedang pesat membangun dengan skala bandar terancang. YB Menteri telah turut diberikan taklimat dan penerangan berkenaan situasi perlombongan bauksit di sekitar kawasan berkenaan oleh wakil dari pihak Kota SAS Development Sdn. Bhd. serta Syarikat Spring Energy Bhd, yang diberi kuasa menguruskan industri bauksit kawasan tersebut.

M IMG 8879

M IMG 8888

M IMG 8886

Selanjutnya YB Menteri telah dibawa melawat ke lombong bauksit di sekitar Gebeng, Kuantan. Terdapat banyak pengusaha-pengusaha bauksit di kawasan berhampiran kawasan industri Gebeng ini. Di kawasan ini, penerangan telah diberikan oleh pihak Aras Kuasa Sendirian Berhad yang membentangkan pelan perancangan pembangunan industri bauksit di kawasan tersebut. Aras Kuasa merupakan syarikat berkaitan industri perlombongan dan mineral yang aktif di Negeri Pahang dan Negeri Johor.

M IMG 8892

M IMG 8897

M IMG 8903

M IMG 8907

Lawatan selanjutnya diteruskan ke Pelabuhan Kuantan. YB Mernteri dan ahli rombongan telah terlebih dahulu dibawa melawat ke kawasan penyimpanan bauksit milik Syarikat Sinar Tani Sdn Bhd dan kemudiannya dibawa untuk sesi taklimat ke Pejabat Pelabuhan Kuantan. Penerangan berkaitan kelengkapan, fasiliti sedia ada berkenaan bauksit telah disampaikan oleh pihak Lembaga Pelabuhan Kuantan dan YB Menteri turut mengutarakan beberapa persoalan dan perbincangan bersama pihak pelabuhan.

M IMG 8914

M IMG 8919

M IMG 8922

M IMG 8925

YB Menteri dalam sesi sidang media dan akhbar beliau selepas sesi taklimat mengumumkan antara lain bahawa tempoh moratorium perlombongan dan pengeksportan bauksit dari Pahang yang akan berakhir pada 31 Mac depan tidak akan dilanjutkan. Semua aktiviti melombong dan pengeksportan bahan mineral tersebut boleh diteruskan semula, dengan prosedur operasi standard (SOP) baharu serta penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat. Beliau juga menyatakan memang terdapat permintaan yang tinggi berkaitan industri bauksit dan keuntungan yang boleh dijana juga banyak, dengan kerajaan negeri direkodkan menerima RM47 juta hasil pembayaran royalti.

M IMG 8929

YB Menteri juga memaklumkan, perbincangan dengan semua pihak berkepentingan sebelum ini tidak ada satu pun yang menyatakan perlu dihentikan industri bauksit di Pahang, sama ada pemimpin politik tempatan mahupun kerajaan negeri dan menyatakan industri bauksit ini berpotensi besar dan perlu diteruskan. Beliau juga menambah, bermula dalam SOP baharu yang akan diperkenalkan nanti, hanya bauksit yang telah dicuci, dibenarkan untuk dieksport demi menjaga alam sekitar. Kementerian dengan kerjasama pihak yang berkenaan telah menyediakan satu SOP baharu dan semua pihak yang berkenaan khususnya pelombong perlu bekerjasama untuk mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan.

Sesi lawatan YB Menteri dan ahli rombongan ke kawasan industri berkaitan bauksit di Kuantan, Pahang ini tamat pada pukul 1.30 petang dengan jamuan makan tengahari yang dianjurkan oleh pihak Lembaga Pelabuhan Kuantan.

- Sekian -