Majlis Berbuka Puasa dan Perhimpunan Bulanan JMG Pahang 2019

Pada 27 Mei 2019, bersamaan 22 Ramadhan 1440H, JMG Pahang telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa 2019bersekali dengan Perhimpunan Bulanan JMG Pahang bagi bulan Mei. Majlis Berbuka Puasa ini merupakan program tahunan JMG Pahang dan dianjurkan oleh Biro Sosial, Kelab Sukan dan Kebajikan JMG Pahang yang mendapat kerjasama penuh keseluruhan kakitangan JMG Pahang.

Aktiviti program bermula seawal 8.30 pagi dengan kakitangan lelaki JMG Pahang bersama-sama bergotong royong memasang khemah, kerusi dan meja untuk persiapan majlis. Sebanyak empat khemah telah dipasang bagi menampung hadirin. Kakitangan wanita pula bersama-sama menyediakan persiapan uintuk memasak hidangan bubur lambuk dana car buah untuk majlis berbuka puasa. Pada tahun 2019 ini bagi menjimatkan kos penyediaan, JMG Pahang telah menggunakan urusan sajian secara catering dengan menu yang bersesuaian sahaja.

per 1

per2

Acara memasak diketuai oleh En Wan Ahmad Akhtar bin Wan Mohamad, mantan Penolong Pegawai Geosains JMG Pahang yang dijemput khas bagi membantu agenda masakan. Beliau sememangnya berkebolehan dan pakar dalam bidang masakan.

w ahmad

Acara memasak bermula sekitar 10.30 pagi dan juadah selesai dimasak pada 2.00 petang.

masak 1

masak 2

masak 3

Persediaan kemudian dibuat untuk lokasi foyer ruang legar bangunan JMG Pahang, untuk dilaksanakan bersekali Perhimpunan Bulanan serta tempat menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih.

Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Pahang bermula pada 6.00 petang. Pengerusi majlis pada kali ini ialah En Asnizam bin Ayub, Pegawai Geosains Unit Geosains JMG Pahang. Tn Haji Ahmad Fadzil bin Sulaiman, Penolong Pegawai Geosains Unit Lombong dan Kuari JMG Pahang kemudiannya membacakan doa selamat.

asnizam

hj fadzil

sebelum 2

Pengarah JMG Pahang, YH Dato’ Ir Azman bin Ab Majid selanjutnya menyampaikan salam hormat penghargaan dan terima kasih kepada semua kakitangan dan keluarga yang hadir walaupun dalam kesibukan tugas semasa semua kakitangan dan keluarga masing-masing. Beliau seterusnya menyampaikan beberapa amanat dan pesanan ringkas terbaharu berkaitan perkembangan semasa jabatan yang perlu diambil perhatian oleh kakitangan JMG Pahang, termasuk setiap unit untuk melaksanakan semua program yang telah dirancang dengan kadar segera dan mengikut masa yang ditetapkan.

dato azman

Program diteruskan dengan majlis berbuka puasa selepas Azan Maghrib dialunkan, diikuti Solat Maghrib berjemaah. Usai Solat Maghrib semua hadirin menjamu selera dengan hidangan yang disediakan. Alhamdulillah, dengan sumbangan hadirin, termasuk pot luck darai kakitangan JMG Pahang, pelbagai menu boleh dinikmati bersama, walaupun menu asal yang dirancang agak terhad pilihannya.

Selepas menikmati juadah berbuka puasa dan tiba waktu Isyak, hadirin bersama-sama menunaikan Solat Isyak secara berjemaah dan diikuti oleh Solat Terawih dan diakhiri Solat Witir. Solat diimamkan oleh En Hazami bin Abdullah, Pembantu Geosains Unit Geosains JMG Pahang.

hazami

Para hadirin kemudiannya menikmati hidangan moreh yang disediakan selepas selesai solat.

Program Perhimpunan Bulanan serta Majlis Berbuka Puasa JMG Pahang ini ditangguhkan sekitar pukul 11.00 malam selepas para hadirin sama-sama bergotong royong membersih dan mengemaskan perkarangan pejabat yang digunakan sepanjang program ini berlangsung.

Alhamdulillah, program ini telah dapat dilaksanakan dengan baik dan jayanya hasil kerjasama erat kakitangan dan ahli keluarga yang hadir. Diharapkan silaturrahim yang erat antara kakitangan JMG Pahang akan terus dapat dipupuk dan dieratkan pada masa akan datang dan didoakan program ini akan dapat diteruskan lagi pada masa hadapan dan dirahmati Allah selalu

- sekian -