Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat JMG Pahang November 2020

Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat  JMG Pahang November 2020

Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat  JMG Pahang November 2020

 

Oleh : Mohammad Aznawi bin Haji Mat Awan (KUPM JMG Pahang)

 

Pada 10 November 2020, bersamaan Hari Selasa, 24 Rabiul Awal 1442H, JMG Pahang telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat di bilik serbaguna tingkat bawah bangunan JMG Pahang yang telah dihadiri oleh kakitangan JMG Pahang yang beragama Islam. Majlis bermula pukul 9.30 pagi pada kali ini juga diadakan sempena genapnya 100 hari pengurusan JMG Pahang di bawah Tuan Haji Nurul Huda bin Haji Romli, Pengarah JMG Pahang yang mula bertugas pada Ogos 2020.

 

Majlis dimulakan dengan ucapan ringkas Tuan Haji Nurul Huda bin Haji Romli kepada para hadirin. Beliau mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua kakitangan yang dapat hadir. Sempena 100 hari pengurusan beliau, beliau seterusnya memohon doa agar JMG Pahang akan dapat sentiasa bergerak baik dan lancar dengan kerjasama erat semua kakitangan JMG Pahang.

 

Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan yasin secara beramai-ramai para hadirin, diikuti oleh tahlil ringkas dan diakhiri dengan bacaan doa selamat olen Tuan Haji Ahmad Fadhil bin Sulaiman, Ketua Pembantu Geosains dari Unit Lombong dan Kuari, JMG Pahang.

 

Pengarah JMG Pahang, Tuan Haji Nurul Huda bin Haji Romli kemudiannya mempersilakan para hadirin menikmat jamuan tengahari yang dijadualkan kemudiannya pada pukul 12.30 tengahari.

 

Alhamdulillah, majlis ini telah dapat dilaksanakan dengan baik hasil kerjasama kakitangan JMG Pahang yang hadir. Sempena 100 hari JMG Pahang di bawah pengurusan Tuan Haji Nurul Huda bin Haji Romli sebagai pengarah, didoakan JMG Pahang akan dapat terus bergerak dengan baik dan lancar dan semoga semua kakitangan JMG Pahang akan sentiasa dipermudahkan Allah dalam melaksanakan tugasan harian dan kehidupan seharian masing-masing…Amin…

 

 

- sekian -