Majlis Perasmian Perpustakaan Awam, Pahang

Majlis Perasmian Perpustakaan Awam, Pahang

12 November 2018 (4 Rabiul Awal 1440 Hijrah). Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, bercemar duli berangkat ke Majlis Perasmian Perpustakaan Awam Pahang (PAP), Kuantan.

JMG Pahang telah diwakili oleh En. Mohammad Aznawi bin Haji Mat Awan, KUPM JMG Pahang bagi majlis perasmian gilang gemilang ini.

3

3

Pemangku Raja Pahang, dalam titah utama perasmian antara lain antara lain turut berkenan menceritakan mengenai Paduka Ayahanda baginda, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustai’n Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al Muad’zam Shah merupakan seorang insan yang sangat gemar membaca dari zaman muda baginda hingga ke zaman sekarang. Terlalu banyak koleksi peribadi baginda ada di Istana Pahang dan minat membaca baginda itu menyebabkan baginda sentiasa peka dan maklum tentang perihal yang berlaku di sekeliling baginda serta kesusahan rakyat jelata. Pemangku Raja Pahang juga berkenan menamakan PAP sebagai Perpustakaan Sultan Ahmad Shah.

5

5

5

Bangunan baharu PAP ini merupakan projek Kerajaan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) (2011-2015). PAP dibuka secara percuma kepada orang awam merupakan antara perpustakaan yang tercanggih dan terbesar di Pantai Timur. Perpustakaan awam setinggi empat tingkat ini menelan kos perbelanjaan sebanyak RM 48 juta.

10

Bangunan baharu PAP ini, tersergam indah, terletak bersebelahan dengan bangunan baharu Majlis Perbandaran Kuantan di Jalan Kemunting ini berkeluasan 12,000 meter persegi, dengan reka bentuk bangunan bertemakan logo jata negeri Pahang. Suasana hiasan dalaman yang kondusif, susun atur moden kontemporari serta klasik, mampu memenuhi kapasiti seramai 1,000 pengunjung dalam satu masa. Ia juga menyediakan perkhidmatan yang sejajar dengan perkembangan teknologi dan pengetahuan semasa, meliputi semua keperluan pembacaan, pembelajaran, rekreasi serta ICT.

6

6

6

PAP turut mempunyai galeri Petrosains Playsmart yang dikelolakan oleh Petronas Berhad bagi menambah dan merangsang minat terutamanya anak-anak dalam bidang Sains dan Teknologi.

9

Syabas diucapkan kepada kakitangan PAP yang sangat komited dalam menjayakan misi untuk membina masyarakat berilmu dan berpengetahuan tinggi melalui membaca. Semoga warga dan rakyat Pahang akan dapat mengambil manfaat terbaik dari kewujudan PAP ini.

Waktu operasi PAP ialah seperti berikut :

Selasa hingga Sabtu : 9 pagi - 5 petang

Waktu rehat Jumaat : 12 tengah hari - 2.30 petang

Tutup : Ahad, Isnin & Cuti Umum

www.pahanglibrary.gov.my