Majlis Persaraan Kakitangan dan Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 2018 JMG Pahang

Majlis Persaraan Kakitangan dan Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 2018 JMG Pahang

Pada tahun 2018, JMG Pahang bakal kehilangan dua orang kakitangan berdedikasi yang akan bersara secara pilihan. Dua kakitangan berkenaan ialah En. Hasan bin Saru dan En. Wan Ahmad Akhtar bin Wan Mohamad.

En. Hassan bin Saru berkhidmat sebagai Pembantu Geosains Kanan di Unit Geosains, JMG Pahang akan bersara secara pilihan pada Ogos 2018. Dilahirkan pada 24 Ogos 1959 di Johor, beliau mula berkhidmat dengan Jabatan Penyiasatan Kajibumi Malaysia di Ipoh tahun 1980. Beliau juga pernah ditukarkan beberapa kali sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, antaranya ke Negeri Sembilan, Johor dan Pahang sebelum menamatkan perkhidmatan beliau di JMG Pahang. Menjawat gred C26 pada tarikh akhir persaraan, En Hassan di kalangan kenalan dan kakitangan pejabat merupakan seorang kakitangan yang berdedikasi, rajin, cermat, tegas, aktif dan teliti dalam bidang tugasan beliau yang banyak melibatkan perihal geosains terutama bidang hidrogeologi dan sumber mineral serta aktiviti sosisl jabatan.

f hasan

En Wan Ahmad Akhtar bin Wan Mohamad berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Geosains di Unit Pengurusan Maklumat di JMG Pahang telah memilih untuk bersara secara pilihan mulai Oktober 2018. Dilahirkan pada 19 Oktober 1965, beliau mula berkhidmat sebagai Pembantu Kajibumi di Jabatan Penyiasatan Kajibumi Ipoh sebelum berkhidmat sebagai Pembantu Kajibumi di Jabatan Penyiasatan Kajibumi Negeri Pahang di Kuantan, seterusnya dinaikkan pangkat secara khas sebagai Penolong Pegawai Geosains Jabatan Mineral dan Geosains Pahang mulai tahun 2014. Menjawat gred C29 pada tarikh akhir persaraan, beliau yang lebih dikenali mesra sebagai En. Wan di kalangan kenalan juga merupakan seorang kakitangan yang baik, komited, dedikasi dan rajin dalam bidang tugasan beliau serta kerja social di pejabat. Tugasan beliau yang terakhir ialah sebagai penolong penyelia bagi mini muzium Jabatan Mineral dan Geosains Pahang.

f wan

Majlis Persaraan Kakitangan yang diraikan telah diadakan pada 28 Jun 2018 di ruang foyer Bangunan JMG Pahang bersekali dengan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2018 JMG Pahang. Majlis ini diadakan bagi meraikan dan menghargai sumbangan kakitangan yang diraikan yang akan bersara. Pengarah JMG Pahang telah berkenan menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih bagi pihak JMG Pahang dan menyampaikan cenderahati kenangan sumbangan kepada mereka yang diraikan.

f pengarah

f raya

f raya 2

f semua

Seluruh warga JMG Pahang dengan setinggi-tinggi penghargaan merakamkan ucapan terima kasih serta ucapan selamat menempuhi alam persaraan kepada En. Hassan bin Saru dan En. Wan Ahmad Akhtar bin Wan Mohamad. Semoga Allah merahmati kalian semua dan dimurahkan rezeki sentiasa, serta dikurniakan kesihatan yang berpanjangan sentiasa....Amin

f kek persaraan