Mesyuarat Jawatankuasa dan Lawatan Kerja Lombong Emas Penjom JMG Pahang November 2019

Mesyuarat Jawatankuasa dan Lawatan Kerja Lombong Emas Penjom JMG Pahang November 2019

Oleh : Mohammad Aznawi bin Hj Mat Awan (KUPM JMG Pahang)

 

C2

Pada 24 hingga 26 November 2019, JMG Pahang telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Jabatan JMG Pahang Bil 4/2019 dan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Projek Pembangunan JMG Pahang Bil 4/2019 di daerah Lipis, Pahang. Bersekali dengan mesyuarat ini juga telah dilaksanakan sesi lawatan kerja ke kawasan Lombong Emas Penjom yang masih aktif beroperasi di daerah Lipis.

Sesi pertama mesyuarat bermula 8.00 malam pada 24 November 2019 iaitu Mesyuarat Pengurusan Jabatan Bil 4/2019. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah JMG Pahang, Dato’ Ir Azman bin Ab. Majid dan dihadiri semua Timbalan-timbalan Pengarah dan Ketua-ketua Unit JMG Pahang. Dato’ Pengarah antara lain telah menyampaikan beberapa maklumat terkini dan penting perkara-perkara semasa yang perlu diambil perhatian oleh semua ahli mesyuarat. Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan semua Timbalan-timbalan Pengarah dan Ketua-ketua unit berkenaan perkembangan dan aktiviti unit masing-masing. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30 malam.

Hari kedua mesyuarat pada 25 November 2019 ialah sesi Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Projek Pembangunan JMG Pahang Bil 4/2019. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh semua Timbalan Pengarah, Ketua Unit serta semua pegawai di JMG Pahang. Mesyuarat bermula pada pukul 8.30 pagi dan dipengerusikan oleh Dato’ Pengarah JMG Pahang. Beliau antara lain mengingatkan semua Timbalan Pengarah dan pegawai yang melaksanakan projek agar memastikan perbelanjaan projek-projek pembangunan yang dilaksanakan telah memenuhi tarikh masa dan kos yang ditetapkan.

A1

Mesyuarat diikuti dengan pembentangan kemajuan semua projek pembangunan yang telah dijalankan di Pahang sepanjang tahun 2019. Pembentangan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Projek Pembangunan JMG Pahang Bil 4/2019 ini berlangsung sehingga ditangguhkan dan tamat pada pukul 2.30 petang.

Sesi lawatan kerja ke Lombong Emas Penjom dijalankan pada hari ketiga iaitu pada 26 November 2019. Lombong emas kendalian pihak J Resources Sdn Bhd ini dipilih berdasarkan lombong berkenaan yang masih aktif beroperasi.

B1

Para hadirin ahli rombongan dari JMG Pahang telah diberikan taklimat oleh pihak J Resources Sdn Bhd. Memulakan operasi pada tahun 1991 untuk kerja eksplorasi dan fisibiliti, operasi perlombongan berjalan pada tahun 1996 dengan jumlan keluaran sehingga Oktober 2019 sebanyak 49,341 kg emas dengan nilaiharga mencapai RM171,55,457.

B2

B3

B4

B5

B6

B7

Para hadirin selanjutnya dibawa melawat kawasan penanaman semula pokok bagi tujuan pemuliharaan lombong, kawasan operasi perlombongan serta kawasan takungan lombong. 

C1

C1A

C3

C4

Setelah dibawa melihat kawasan operasi perlombongan, para hadirin kemudiannya dibawa melawat ke kilang pemprosesan, pengayakan dan peleburan emas yanag amat-amat dinantikan oleh semua yang hadir.

D1

D2

D3

D4

Para hadirin di beri kesempatan melihat proses peleburan emas, penjongkongan emas dan memegang sendiri jongkong emas yang telah siap diproses.

D5

D6 

F1

Lawatan kerja ke Lombong Emas Penjom ini tamat pada pukul 1.30 petang dengan jamuan makan tengahari oleh pihak J Resources Sdn Bhd.

D7

Pihak JMG Pahang merakamkan penghargaan dan berbanyak terima kasih kepada pihak J Resources yang sudi menerima kehadiran rombongan kami, walaupun dalam kesibukan mereka menjalankan rutin tugasan mereka, serta memberikan kebenaran kepada kami merakamkan gambar foto dan video operasi perlombongan sebagai kenangan.

 

Semoga jalinan kerjasama antara pihak JMG Pahang dan penguasaha pelombong akan berterusan berjalan dengan baik dalam memastikan sumber mineral negara sentiasa dikendalikan serta diusahakan dengan baik dan mapan.

- sekian -