PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 5/2022 JMGM PERAK DAN MAJLIS PERTUKARAN DR. SIA SAY GEE

PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 5/2022 JMGM PERAK DAN MAJLIS PERTUKARAN DR. SIA SAY GEE

23hb Jun 2022 (Khamis) – Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bil.5/2022 pada jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Granite. Urusetia yang bertugas untuk bulan ini ialah Unit Pentadbiran dan Kewangan (Negeri). Pengacara Majlis ialah Pn. Noorzaidawati, pembaca doa ialah En. Putra Ariff Fadzillah dan lafaz ikrar diketuai oleh Pn. Faizah Binti Abdul Rahman.

Pada Majlis Perhimpunan ini antara agenda majlis ialah Penyampaian Perutusan oleh En. Mat Niza Bin Abdul Rahman selaku Timbalan Pengarah (Unit Geosains) JMGM Perak. Di majlis ini juga semua warga JMGM Perak meraikan Dr. Sia Say Gee yang akan bertukar ke JMG Johor. Kami warga JMGM Perak mengucapkan selamat maju jaya.

Disamping itu, acara penyampaian hadiah dan sijil bagi semua AJK Kecil Sambutan Hari Raya JMG Perak Tahun 2022. Majlis Perhimpunan Bulanan berakhir pada jam 10.15 pagi.