Ekspedisi Saintifik Pelbagai Bidang Geopark Lembah Kinta 2015

Ekspedisi ini telah dianjurkan oleh JMG Malaysia, Perak dengan kerjasama Akademi Sains Malaysia (ASM) pada 7 hingga 13 November 2015 di The Lereng Adventure Camp Ulu Chepor, Ipoh, Perak. Ekspedisi ini memberi fokus kepada 5 bidang penyelidikan utama iaitu geologi, flora, fauna, kualiti air serta sosio-ekonomi. Maklumat yang diperolehi dari ekspedisi ini akan digunakan dalam penyediaan dossier Pembangunan Geopark Lembah Kinta, di samping penerbitan kertas teknikal bersama pihak ASM. 

Agensi lain yang terlibat dalam ekspedisi ini ialah UKM Bangi, UITM Shah Alam, USM Pulau Pinang, UPM Serdang, FRIM, Jabatan Perhutanan Perak, Jabatan Perhilitan Perak dan Perbadanan Taman-Taman Negeri Perak. Ekspedisi ini meliputi kawasan kajian di sekitar Bandaraya Ipoh yang terdiri dari kawasan batu kapur dan granit.

X

x2

x3

x4

x6

x5


x7