GOTONG ROYONG 2022 ANJURAN KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI (KKR) JMG PERAK

GOTONG ROYONG 2022 ANJURAN KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI (KKR) JMG PERAK

01 April 2022 (Jumaat) : Satu program gotong royong anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) JMG Perak telah dijalankan pada hari ini. Seramai 30 ahli KKR yang terlibat dalam menjayakan program ini. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk membersihkan dan menceriakan kawasan di sekitar JMG Perak.

Sebelum bermulanya aktiviti gotong royong, acara dimulakan dengan senaman ringan yang diketuai oleh En. Fadzil. Program yang bermula pada jam 9.00 pagi ini telah berakhir pada jam 11.00 pagi dengan jayanya. Juadah ringan telah disediakan untuk semua ahli KKR yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Tahniah diucapkan kepada anda semua.