GOTONG ROYONG MERDEKA 2022 ANJURAN KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI (KKR), JMG PERAK

GOTONG ROYONG MERDEKA 2022 ANJURAN KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI (KKR), JMG PERAK

30 Ogos 2022 (Selasa) : Program gotong royong anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) JMG Perak telah dijalankan pada hari ini bersempena sambutan ulangtahun kemerdekaan Malaysia ke-65 tahun. Seramai 40 ahli KKR yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk membersihkan dan menceriakan kawasan di sekitar JMG Perak. Program gotong royong ini yang bermula pada jam 10.30 pagi dan telah berakhir pada jam 12.00 tengahari dengan jayanya. Juadah nasi ayam dan kuih muih telah disediakan untuk para ahli KKR yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.