Latihan Bencana Interagensi Peringkat Daerah Kinta, Perak

Latihan Bencana Interagensi Peringkat Daerah Kinta, Perak

IPOH, 21 November 2017: Satu program latihan menghadapi bencana telah dilaksanakan dengan penglibatan 26 agensi yang berpejabat di sekitar Daerah Kinta, Perak. Seramai 185 anggota pelbagai agensi, iaitu termasuk 6 anggota dari JMG Malaysia Perak terlibat dalam menjayakan latihan ini. Latihan diadakan di perkarangan Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh dengan bersenariokan kemalangan jalan raya akibat tanah/ batu runtuh yang berlumpur.

Simulasi latihan bermula jam 8.30 pagi apabila orang awam menghubungi talian kecemasan 999 dan melaporkan kejadian kemalangan akibat tanah runtuh. Antara rentetan tindakan yang dilaksanakan adalah seperti berikut; Panggilan MERS 999 diaktifkan. Pihak PDRM menghantar anggota ke lokasi kejadian dan melakukan siasatan dan pengesahan kejadian. PDRM membuka Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK). PDRM memaklumkan kepada agensi penyelamat yang berkaitan untuk tindakan menyelamat (JMG turut dihubungi bagi membantu operasi menyelamat). Pembukaan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB). Penghantaran pasukan penyelamat pelbagai agensi ke lokasi kejadian berdasarkan pelan tindakan bencana alam yang digariskan dalam MKN 20.

Operasi menyelamat diteruskan dengan tindakan-tindakan berikut; Ketua agensi penyelamat melaporkan diri kepada On-Scene Commander (OSC) sebelum memulakan tindakan mencari dan menyelamat. Pembukaan khemah agensi penyelamat lain yang berkenaan (fire base station & medical base station). Pengasingan zon oleh anggota bomba & penyelamat. Proses mencari dan menyelamat mangsa dimulakan oleh pihak bomba dan JMG di zon merah tempat bencana. Memberikan kebenaran kepada pasukan perubatan untuk memulakan 'field triage' dan rawatan perubatan (mengikut keperluan ) kepada mangsa di dalam zon merah setelah disahkan tiada risiko kemudaratan. Penggunaan kad "Triage" semasa "field triage" dipraktiskan. Mangsa yang diselamatkan oleh anggota bomba dibawa ke tempat berkumpul mangsa yg telah ditetapkan (collecting point). Proses "Triage" juga dilakukan di lokasi pengumpulan mangsa. Mangsa kejadian diipindahkan ke Medical Base. Rawatan perubatan awal mengikut keperluan diberikan kepada mangsa di Medical Base mengikut "Triage card tagging system". Mangsa yang kritikal dihantar dahulu ke Hospital, diikuti oleh mangsa separa kritikal. Mangsa yang mengalami kecederaan ringan dihantar ke klinik kesihatan berdekatan untuk mendapatkan rawatan perubatan. Mangsa yang mati dibawa oleh PDRM ke HRPB dari tempat pengumpulan di lokasi bencana untuk prosedur berkaitan. PDRM mengistiharkan 'Stand down" dan Operasi PKTK ditutup. PDT Kinta mengistiharkan "Stand down" dan Bilik Gerakan PKOB ditutup. Latihan bencana ditamatkan sekitar jam 11.30 pagi.

Diakhir program, sesi "post mortem" dan perbincangan antara semua wakil agensi (pemerhati) dilaksanakan bagi mengesan kelemahan yang berlaku dan merekodkan komen/cadangan yang diutarakan oleh pemerhati.

Bencana 2017 2aBencana 2017 2bBencana 2017 2cBencana 2017 2d