Lawatan MBInc ke Kompleks JMG Ipoh

KOMPLEKS JMG,IPOH 17 APRIL 2014 - Pihak MB Inc telah membuat lawatan ke Kompleks JMG Ipoh pada 17.04.2014 (Khamis) jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang atas jemputan JMG Malaysia, Perak. Seramai 10 pelawat dari MB Inc dan 17 wakil JMG terlibat dalam lawatan ini. Lawatan oleh MBInc bertujuan:

i. Menerangkan peranan MBInc dan hasrat membangunkan aktiviti sumber mineral negeri Perak.
i. Mengenali peranan BPT, PPM, danJMG Perak dengan lebih dekat.
ii. Memperkukuhkan hubungan kerjasama antara MBInc dan pejabat-pejabat BPT, PPM dan JMG Perak.
iii. Menjalin erat perhubungan diantara pegawai MBInc dan BPT, PPM & JMG Perak.


Pengarah JMG Malaysia, Perak, Wakil Pengarah PPM dan Pengarah BPT telah menyampaikan taklimat berkenaan pejabat masing-masing. Pihak MB Inc telah dibawa melawat Muzium Geologi, Perpustakaan dan Makmal Pusat Penyelidikan Mineral.

20

Taklimat mengenai JMG Perak oleh Pengarah JMG Perak

21

Penyampaian cenderahati kepada CEO MB Inc

2223

24

Lawatan ke muzium

25

Makan tengahari