MAJLIS BACAAN YASSIN JMG MALAYSIA PERAK ANJURAN KKR

MAJLIS BACAAN YASSIN JMG MALAYSIA PERAK ANJURAN KKR

27hb Mei 2022 (Jumaat) – Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak telah menganjurkan Majlis Bacaan Yassin melalui Biro Kebajikan. Aktiviti bacaan Yassin merupakan aktiviti yang dilakukan pada setiap hari Jumaat minggu keempat pada setiap bulan. Majlis ini diketuai oleh En Mat Niza Bin Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Geosains. Selain itu, Pengarah JMG Perak juga turut serta dalam majlis ini. Selepas selesai bacaan Yassin, semua warga JMG Perak dijamu dengan juadah Bihun Sup.