MAJLIS KESYUKURAN DAN MAJLIS JAMUAN MAKAN MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1444H

MAJLIS KESYUKURAN DAN MAJLIS JAMUAN MAKAN MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1444H

22 Mac 2023 (Rabu) : Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Perak telah mengadakan Majlis Kesyukuran dan Majlis Jamuan Makan Menyambut Bulan Ramadan 1444H. Majlis ini dimulakan dengan Bacaan Yassin dan Doa Selamat yang dipimpin oleh En. Mat Niza Bin Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Geosains. Selain itu, majlis ini juga meraikan kejayaan wakil daripada JMG Perak yang mewakili Kontinjen Zon Utara dalam Sukan JMG 2023.

Kejayaan ini juga didedikasikan kepada Ketua Kontinjen Zon Utara, En. Mahat Bin Hj. Sibon dan Dato’ Pengarah JMG Perak, Dato’ Ir Ahmad Zukni Bin Ahmad Khalil yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bahagi kepada Kontinjen Zon Utara agar mencapai kejayaan. Dan ia terbukti apabila Kontinjen Zon Utara membawa pulang kejayaan yang amat membanggakan. Kontinjen Zon Utara telah menjuarai 5 acara daripada 9 acara yang dipertandingkan. Tahniah buat Kontinjen Zon Utara. Semoga semangat kesukanan yang tinggi ini akan terus membara bagi Sukan JMG 2024 dan seterusnya.