Majlis Pelancaran Kajian Air Panas Ulu Slim, Perak

SG.KLAH,TANJONG MALIM 28 FEBRUARI 2014 - Majlis pelancaran telah diadakan pada 28hb Februari 2014 di Felda Residence Hotspring, Sg. Klah, Perak dan telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Yunus Abd. Razak, Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Tujuan majlis diadakan ialah untuk mewar-warkan kepada Kerajaan Negeri, pihak berkuasa terlibat dan masyarakat setempat pelaksanaan kajian air panas di Ulu Slim, Perak.

8

Pendaftaran oleh jemputan

 


 Majlis perasmian telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Dr. Kamaludin b. Hassan selaku Pengerusi Projek dan diikuti ucapan perasmian oleh Ybhg. Dato’ Yunus b. Abd. Razak (Ketua Pengarah JMG Malaysia). Persembahan montaj sebagai gimik perasmian telah menandakan rasminya majlis. Di akhir majlis, tetamu jemputan telah dibawa melawat ke pameran poster berkaitan kajian.

5

Ucapan perasmian oleh Dato' Ketua Pengarah

6

Persembahan montaj pelancaran kajian air panas

7

Sesi melawat poster berkenaan kaijan yang akan dijalankan