Pameran di SJK (T) Gandhi Memorial Kuala Kangsar

Pada 24 Mei 2014 (Sabtu), pihak Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Perak telah menyertai pameran sempena Karnival Sains yang dianjurkan oleh SJK (T) Gandhi Memorial Kuala Kangsar. Pameran telah berlangsung di ruang legar sekolah dari pukul 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Gerai pameran jabatan adalah bertema Asas Geologi dan Asas Jabatan. Seramai 4 orang urusetia terlibat mengendalikan pameran tersebut. Gerai pameran telah dikunjungi oleh pelajar SJKT Gandhi memorial, pelajar jemputan dari sekolah daerah Kuala Kangsar dan orang awam. Tetamu kehormat bagi karnival tersebut ialah Dato’ Seri V. Kannan, Pengerusi Syarikat Unique Vision Sdn. Bhd. selaku penyumbang utama karnival sains peringkat sekolah setiap tahun.

PKK

                     Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Gandhi Memorial, Kuala Kangsar

 

PKK2

Gerai pameran jabatan

 

PKK3

Urusetia yang terlibat dalam menjayakan pameran

 

PKK4

Antara pengunjung gerai pameran jabatan

 

PKK5

Penyampaian cenderahati penyertaan oleh pihak penganjur kepada jabatan