PAMERAN JMG PERAK DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JALAN TASEK SEMPENA MINGGU STEM (SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING, MATHEMATICS)

PAMERAN JMG PERAK DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JALAN TASEK SEMPENA MINGGU STEM (SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING, MATHEMATICS)

04 Oktober 2022 : Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak telah dijemput sebagai pempamer bagi Minggu STEM di SMK Jalan Tasek, Ipoh. JMG Perak membawa sample batu dan mineral serta mempromosikan Geopark Lembah Kinta dan Geopark Lenggong. Selain JMG Perak, terdapat banyak booth dari agensi lain seperti Jabatan Kimia, Universiti Teknologi Petronas (UTP), Management & Science University (MSU), UniKL RCMP, Institut Latihan Perindustrian Ipoh, Kolej Komuniti Sungai Siput, Politeknik Ungku Omar, FutureLab Damansara, Fantastic Pastry Culinary Art, IKM Lumut dan beberapa agensi lain.

Majlis ini dirasmikan oleh Pegawai Khas Kanan Menteri Besar Perak, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh. STEM adalah singkatan Sains, Teknologi, Engineering, Matematik. Istilah ini digunakan bagi menunjukkan dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah bagi meningkatkan daya saing dalam bidang pembangunan teknologi. Keperluan STEM ini wujud apabila kehendak terhadap bidang kerja melibatkan STEM adalah jauh lebih tinggi berbanding bidang lain. Maka semua pelajar perlu dipupuk untuk minat bidang berkaitan STEM.

Majlis ini berakhir jam 1.00 petang. Pihak JMG Perak sangat berbesar hati kerana dijemput untuk menyertai majlis ini.