PEMILIHAN PEMAIN BAGI MEWAKILI KONTINJEN ZON UTARA BAGI SUKAN JMG

PEMILIHAN PEMAIN BAGI MEWAKILI KONTINJEN ZON UTARA BAGI SUKAN JMG

01 Februari 2023 (Rabu) : Satu program pemilihan pemain bagi mewakili Kontinjen Zon Utara bagi Sukan JMG telah diadakan di Kompleks JMG Ipoh. Kontinjen zon utara diwakili oleh JMG Malaysia Perak, Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT), Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) dan JMG Malaysia Kedah, Perlis, Pulau Pinang (JMG KPP).

Taklimat berkaitan program disampaikan oleh En. Mahat Bin Sibon selaku Ketua Kontinjen Zon Utara. Selesai sesi taklimat, para pemain dijamukan dengan sarapan sebelum semuanya bergerak ke tempat pemilihan yang telah ditetapkan mengikut sukan. Sebanyak 9 jenis sukan dipertandingkan dalam Sukan JMG iaitu Bola Sepak, Bola Jaring, Sepak Takraw, Ping Pong, Catur, Karom, Dart, E-sport dan Badminton. Penyertaan dan sokongan yang diberikan amat menggalakan. Semoga segala usaha yang dilakukan oleh Kontinjen Zon Utara akan membawa kejayaan yang cemerlang buat kontinjen.