PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 1/2023 JMGM PERAK DAN MAJLIS BACAAN YASSIN

PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 1/2023 JMGM PERAK DAN MAJLIS BACAAN YASSIN

27 Januari 2023 (Jumaat) : Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bil.1/2023 pada jam 8.45 pagi bertempat di Dewan Granite. Urusetia yang bertugas untuk bulan ini Unit Lombong dan Kuari. Bagi Pengacara Majlis ialah En. Faizul, pembaca doa ialah En. Putra Ariff Fadzillah dan lafaz ikrar diketuai oleh En. Mohamad Shalihin. Majlis Perhimpunan ini dimulakan dengan Bacaan Yassin yang diketuai oleh TP Geosains, En. Mat Niza Bin Abdul Rahman.

Antara agenda majlis ialah Penyampaian Perutusan oleh Dato’ Ir. Ahmad Zukni Bin Ahmad Khalil selaku Pengarah JMGM Perak. Selain itu, majlis ini juga meraikan kehadiran kakitangan yang baru dan pemberian sumbangan kepada kakitangan yang baru bergelar raja sehari iaitu En. Muhamad Asraf Bin Sulaiman.

Selepas selesai majlis perhimpunan bulanan, majlis diteruskan dengan taklimat berkaitan ICT yang disampaikan oleh KUPM, En Farid Bin Zainudin. Setelah itu, majlis bersurai dan tamat pada jam 11.00 pagi.