PERHIMPUNAN BULANAN BIL.2/2022 JMGM PERAK DAN BACAAN YASSIN ANJURAN KKR

PERHIMPUNAN BULANAN BIL.2/2022 JMGM PERAK DAN BACAAN YASSIN ANJURAN KKR

25hb Mac 2022 (Jumaat) – Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bil.2/2022 pada 25/3/2022. Sebelum majlis perhimpunan bermula ia dimulakan dengan Majlis Bacaan Yassin anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) JMGM Perak melalui Biro Kebajikan. Aktiviti bacaan Yassin merupakan aktiviti yang dilakukan pada setiap hari Jumaat minggu keempat pada setiap bulan.

Pada Majlis Perhimpunan, antara agenda majlis ialah penyampaian perutusan oleh Dato’ Ir Ahmad Zukni Bin Ahmad Khalil selaku Pengarah JMGM Perak. Di majlis ini juga semua warga JMGM Perak meraikan En Jasmi Bin Ibrahim yang akan bersara wajib dan En Azmi Bin Abu Bakar yang akan bertukar ke JMGM SWP. Kami warga JMGM Perak mengucapkan selamat maju jaya kepada En Jasmi dan En Azmi.

Disamping itu, acara penyampaian hadiah dan sijil bagi aktiviti yang telah dianjurkan oleh KKR. Antaranya ialah penyampaian Sijil Kursus Masakan (Roti dan Piza), Penyampaian sumbangan pada ahli KKR yang menerima cahaya mata, ahli KKR yang positif covid dan pemenang bagi Program JOM SIHAT. Majlis tamat pada jam 11.30 pagi.