PERHIMPUNAN BULANAN BIL3/2022 JMGM PERAK DAN BACAAN YASSIN ANJURAN KKR

PERHIMPUNAN BULANAN BIL3/2022 JMGM PERAK DAN BACAAN YASSIN ANJURAN KKR

29hb April 2022 (Jumaat) – Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bil.3/2022. Sebelum majlis perhimpunan bermula ia dimulakan dengan Majlis Bacaan Yassin anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) JMGM Perak melalui Biro Kebajikan. Aktiviti bacaan Yassin merupakan aktiviti yang dilakukan pada setiap hari Jumaat minggu keempat pada setiap bulan.

Pada Majlis Perhimpunan, antara agenda majlis ialah penyampaian perutusan oleh Dato’ Ir Ahmad Zukni Bin Ahmad Khalil selaku Pengarah JMGM Perak. Di majlis ini juga semua warga JMGM Perak meraikan En Muhammad Radzi Bin Othman yang akan bertukar ke JMG Pahang. Kami warga JMGM Perak mengucapkan selamat maju jaya. Disamping itu, acara penyampaian hadiah dan sijil bagi Pertandingan Dart Tertutup JMG Perak 2022 dan seterusnya Taklimat SPA yang telah disampaikan oleh En. Muhammad Kamal Bin Kamarudin. Majlis tamat pada jam 11.30 pagi.