PERHIMPUNAN BULANAN JMG PERAK DAN LAWATAN KERJA TKP (OPS) JMG MALAYSIA, EN MOHD BADZRAN BIN MOHD TAIB.

PERHIMPUNAN BULANAN JMG PERAK DAN LAWATAN KERJA TKP (OPS) JMG MALAYSIA, EN MOHD BADZRAN  BIN MOHD TAIB.

24hb Mei 2022 (Selasa) – Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bil.4/2022 dan Lawatan Kerja Timbalan Ketua Pengarah (TKP) Operasi, En. Mohd Badzran Bin Mat Taib. TKP (OPS) diiringi oleh En. Nizarul Ikhram Bin Abdul Rahim Dan En. Kamarul Baharin daripada JMG Malaysia Ibu Pejabat.

Pada Majlis Perhimpunan ini antara agenda majlis ialah bacaan doa, nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Perak, Perkhidmatan Awam, Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam, Perutusan oleh Dato’ Ir Ahmad Zukni Bin Ahmad Khalil selaku Pengarah JMGM Perak, Amanat TKP (OPS) dan seterusnya penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Empat penerima APC untuk tahun 2021 iaitu Pn Junaidah, Pn. Nur Asikin, En Mohd Shah Rizal dan En. Mohd Jasmi.

Sebagai tanda penghargaan di atas Lawatan Kerja TKP (OPS) kerana sudi hadir ke JMG Perak, JMG Perak berbesar hati memberikan cenderamata kepada TKP (OPS) sebagai kenang-kenangan. JMG Perak juga mengucapkan selamat maju jaya kepada TKP (OPS) yang akan bersara. Semoga diberikan kesihatan yang baik dan terus maju dalam apa jua bidang yang diceburi.