PERTANDINGAN DART TERTUTUP JMGM PERAK 2022

PERTANDINGAN DART TERTUTUP JMGM PERAK 2022

14hb April 2022 (Khamis) – Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) JMGM Perak melalui Biro Sukan dan Rekreasi telah menganjurkan Pertandingan Dart Tertutup, JMGM Perak 2022. Pertandingan ini adalah salah satu aktiviti KKR yang telah dirancang bagi tahun 2022. Pertandingan ini dapat membudayakan semangat kerjasama serta berpasukan di kalangan ahli KKR serta dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli KKR.

Pertandingan ini telah berlangsung pada 13hb April dan disambung pada 14hb April 2022 di Dewan Granit, JMGM Perak. Wakil dari Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) iaitu En. Anuar Bin Osman telah dijemput bagi memberi taklimat berkaitan peraturan permainan dart serta kaedah permainan. Selain itu, terdapat 4 orang wakil daripada PPM dijemput sebagai pemerhati.

Penyertaan ahli-ahli KKR adalah seramai 48 orang termasuk lelaki dan wanita. Ia mendapat sambutan yang baik dari ahli-ahli kelab. Setiap ahli telah diundi bagi menentukan pasangan beregu (1 kumpulan 2 orang pemain). Format perlawanan adalah secara kalah mati, walau bagaimanapun di peringkat separuh akhir terdapat 3 kumpulan yang akan berlawan secara liga.

Untuk pertandingan ini, hadiah yang ditawarkan merupakan wang tunai dan medal. Bagi johan bakal menerima wang tunai RM200.00 + medal, kedua bakal menerima wang tunai RM150.00 + medal dan ketiga bakal menerima wang tunai RM80.00 + medal. Kedudukan pemenang setelah tamat pertandingan :

1. En. Mohd Khalis Azfar Bin Bakar & En. Mohd Fadzil Bin Sahaludin

2. En. Nurul Amir Bin Shafie & Pn. Puteri Noor Salwa Binti Rostad

3. En. Mahat Bin Sibon & En. Muhamad Asraf Bin Sulaiman

Tahniah diucapkan kepada yang berjaya manakala yang tewas boleh cuba lagi di lain masa.