PERTANDINGAN TERTUTUP BOLING JMGM PERAK 2022

PERTANDINGAN TERTUTUP BOLING JMGM PERAK 2022

14hb Januari 2022 (Jumaat) – Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) JMGM Perak melalui Biro Sukan dan Rekreasi telah menganjurkan Pertandingan Tertutup Boling, JMGM Perak 2022. Pertandingan ini adalah salah satu aktiviti KKR yang telah dirancang bagi tahun 2022. Pertandingan ini dapat membudayakan semangat kerjasama serta berpasukan di kalangan ahli KKR serta dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli KKR.

Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Pengerusi KKR, En. Mat Niza Bin Abd Rahman. Seramai 50 orang ahli telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Pemenang bagi tempat pertama hingga keenam menerima hadiah berupa barangan elektrik. Manakala pemenang tempat ketujuh hingga ke sebelas menerima hadiah berupa hamper. Pertandingan ini diadakan mengikut ketetapan berikut :-

Tarikh              : 14 Januari 2022 (Jumaat)

Masa               : 2.30 petang – 5.00 petang

Tempat            : Ipoh Bowl (Rooftop Aeon Kinta City)

Pemenang bagi kategori lelaki jatuh kepada En. Saiful Bin Abdullah manakala kategori wanita jatuh kepada Pn. Nabilah Farhana Binti Ismail dengan masing-masing membawa pulang hadiah utama iaitu  Ketuhar gelombang mikro. Antara barangan eletrik yang ditawarkan ialah Ketuhar gelombang mikro, Dapur induksi elektrik, Periuk nasi elektrik, Pengisar elektrik, Pembakar roti elektrik, Cerek elektrik dan Hamper bernilai rm 20. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya manakala yang belum menang boleh cuba lagi di lain masa.