PROGRAM JOM MASAK DAN AGIH BUBUR LAMBUK 2023 JMG PERAK

PROGRAM JOM MASAK DAN AGIH BUBUR LAMBUK 2023 JMG PERAK

17 April 2023 (Isnin) : Satu Program Jom Masak Dan Agih Bubur Lambuk 2023 JMG Perak anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) JMG Perak telah dijalankan pada hari ini. Seramai 40 ahli KKR telah terlibat dalam menjayakan program ini. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dan selesai pada jam 1.00 tengahari. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan ahli kelab dan bergotong royong dalam menyediakan Bubur Lambuk dan Bubur Jagung.

KKR telah menjemput En. Khatib daripada BPT untuk mengetuai masakan bubur lambuk ini. Untuk Bubur Lambuk, 2 buah periuk besar menghasilkan 300 bekas, manakala untuk Bubur Jagung sebuah periuk menghasilkan 100 bekas. Kesemua bubur ini diagihkan kepada setiap ahli KKR, kakitangan BPT, PPM serta tidak lupa kepada pekerja pembersihan dan pengawal premis.