PROGRAM PENDEDAHAN DAN KESEDARAN KEPADA KAKITANGAN JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA NEGERI PERAK TERHADAP PEMBANGUNAN GEOTRAIL DAN GEOGUIDE DI LENGGONG GEOPARK

PROGRAM PENDEDAHAN DAN KESEDARAN KEPADA KAKITANGAN JABATAN MINERAL  DAN GEOSAINS MALAYSIA NEGERI PERAK TERHADAP PEMBANGUNAN GEOTRAIL DAN GEOGUIDE DI LENGGONG  GEOPARK

29 Sept 2022 (Khamis) : Satu program anjuran Unit Geosains Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak iaitu Program Pendedahan Dan Kesedaran Kepada Kakitangan Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia Negeri Perak Terhadap Pembangunan Geotrail Dan Geoguide Di Lenggong Geopark telah berjaya dilaksanakan pada 29 September 2022 . Turut hadir menyertai program lawatan kerja ini adalah Timbalan Pengarah Unit Geosains, En. Mat Niza Bin Abdul Rahman dan Ketua Pengurusan Maklumat, En. Farid Bin Zainudin.

Semua peserta bertolak daripada JMG Perak untuk ke Lenggong pada jam 7.30 pagi dan sampai di Pengkalan Pipit pada jam 8.30 pagi. Setiba di Pengkalan Pipit, kesemua peserta disambut oleh geoguide dan menerima goodies bag yang berisi air dan produk keluaran Lenggong.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pihak pengurusan dan pentadbiran JMG Perak mengenai keperluan dan pencapaian projek Geopark Lenggong di mana Geopark Lenggong telah di berjaya diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan pada 16 Disember 2021. Peserta program ini telah di bawa melawat geotrail Tasik Raban bersama-sama geoguide yang telah dilatih bagi merasai sendiri pengalaman berada di dalam Geopark Lenggong. Di antara tempat menarik yang telah dilawati adalah Biotapak Ethnobotani Kg. Beng, sangkar ikan Kg. Beng, tempat penghasilan geofood ikan pekasam Kg. Beng, Geotapak Granit Lata Tok Muda, sharing homestay Kg. Batu Ring, Biotapak Habitat Mengkuang Tasik Raban dan juga ladang rusa.

Program tamat pada jam 6.00 petang dan kesemua peserta selamat tiba ke pejabat JMG Perak. Syabas dan tahniah kepada Urusetia Program Pendedahan Dan Kesedaran Kepada Kakitangan Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia Negeri Perak Terhadap Pembangunan Geotrail Dan Geoguide Di Lenggong Geopark dan semua peserta yang telah menjayakan program ini.