SUKAN JMG 2023

SUKAN JMG 2023

16 Mac 2023 (Khamis) : JMG Malaysia, Negeri Perak mewakili Kontinjen Zon Utara telah menyertai Sukan JMG Malaysia Tahun 2023 yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Sukan JMG Malaysia 2023 telah disertai seramai 300 orang daripada 4 zon iaitu Zon UTARA (JMG Kedah Pulau Pinang dan Perlis, JMG Perak, Pusat Penyelidikan Mineral dan Bahagian Perkhidmatan Teknikal), Zon SELATAN (Ibu Pejabat, JMG Selangor, JMG Johor), Zon TIMUR (JMG Pahang, JMG Terengganu, JMG Kelantan dan Makmal Kuantan) dan Zon BORNEO (JMG Sarawak dan JMG Sabah) telah mengambil bahagian untuk 9 acara iaitu  Bola Sepak, Bola Jaring, Sepak Takraw, Dart, Ping Pong, Karom, Badminton, Catur, E-Sport (Pubg Mobile).

Daripada 9 sukan yang dipertandingkan, Kontinjen Zon Utara telah menjuarai 5 sukan iaitu bola sepak, badminton, esport, Karom dan pingpong. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya dan kepada yang tidak berjaya jangan berputus asa. Tahniah juga diucapkan kepada Kontinjen Zon Utara atas kejayaan ini.

Senarai Keputusan Sukan JMG 2023:-

BOLA SEPAK : Pertama : Zon Utara, Kedua : Zon Selatan, Ketiga : Zon Borneo

BOLA JARING : Pertama : Zon Selatan, Kedua : Zon Utara, Ketiga : Zon Borneo

SEPAK TAKRAW : Pertama : Zon Selatan, Kedua : Zon Timur, Ketiga : Zon Utara

CATUR : Pertama : Zon Timur, Kedua : Zon Selatan, Ketiga Zon Utara

DART : Pertama : Zon Selatan, Kedua : Zon Utara, Ketiga : Zon Timur

KAROM : Pertama : Zon Utara, Kedua : Zon Timur, Ketiga : Zon Selatan

PING PONG : Pertama : Zon Utara, Kedua : Zon Timur, Ketiga : Zon Selatan

ESPORT : Pertama : Zon Utara, Kedua : Zon Timur, Ketiga : Zon Selatan

BADMINTON : Pertama : Zon Utara, Kedua : Zon Borneo, Ketiga : Zon Timur