MAJLIS BERBUKA PUASA WARGA BKKI JMG SABAH 2022/1443H

MAJLIS BERBUKA PUASA WARGA BKKI JMG SABAH 2022/1443H

KOTA KINABALU, SABAH (21 APRIL 2022) : KHAMIS,  14 April 2022 bersamaan 12 Ramadhan 1443H hari Khamis yang lalu, Badan Kebajikkan Kakitangan Islam JMG Sabah (BKKI) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa di pejabat JMG bilik Geologi Kejuruteraan.

Majlis ni telah dihadiri oleh kakitangan Islam JMG Sabah dan beberapa orang kakitangan yang bukan Islam juga turut serta dalam menjayakan majlis ini.

Dengan penuh syukur majlis ini berjalan lancar dengan kehadiran generasi baru. Seramai hampir 50 orang telah hadir yang terdiri daripada warga BKKI dan keluarga mereka.

Imam dan penceramah jemputan pada kali ini adalah Ustaz Faez daripada Pusat Rawatan Islam Al-Huffaz.

BKKI JMG Sabah juga telah mendapat sumbangan berbuka daripada pemilik Restoran Thai Siam, mantan-mantan JMG Sabah dan warga BKKI sendiri. Jutaan terima kasih daripada pihak BKKI JMG Sabah.

Majlis kali ini dimulakan dengan bacaan doa selamat, tahlil dan sedikit tazkirah. Diteruskan dengan berbuka dan solat Maghrib. Selepas itu jamuan makan dan disambung dengan Solat Isyak dan Terawih.

Hampir 2 tahun BKKI JMG Sabah tidak dapat mengadakan majlis berbuka disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan di mana negara dilanda virus Covid-19.

Penyelaras Program kali ini adalah Encik Mujibuddin yang merupakan pegawai baru di JMG Sabah. Namun dengan gabungan yang mantap antara generasi lama dan baru, majlis ini dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Kredit jurufoto : Encik Mohd. Yusof, Encik Taqiuddin dan Encik Hero

 

Sumber maklumat : FB Rasmi JMG Sabah

Sumber foto : Jurufoto JMG Sabah

PERSIAPAN MAJLIS BERBUKA PUASA BKKI JMG SABAH 2022

PERSIAPAN MAJLIS BERBUKA PUASA BKKI JMG SABAH 2022

KOTA KINABALU, SABAH (13 APRIL 2022) : RABU, Bersamaan 10 Ramadhan 1443H, warga BKKI JMG Sabah tak kira generasi lama dan baru bergabung tenaga membuat persiapan majlis berbuka puasa.

Selama hampir 2 tahun BKKI JMG Sabah tiada mengadakan majlis berbuka puasa, ini kerana negara dilanda virus c-19 dan kerajaan mengumumkan PKP.

Dengan penuh syukur tahun ini BKKI JMG Sabah dapat melaksanakan semula majlis berbuka puasa tersebut. Gabungan AJK yang mantap daripada generasi lama dan baru.

Program Majlis Berbuka Puasa 1443H/2022 ini diselaras oleh Encik Mujibuddin bin Morshidi bersama ahli-ahli yang telah dilantik oleh beliau bagi menjayakan majlis ini.

 

#BKKIJMGSABAH

  • Sumber maklumat : FB Rasmi JMG Sabah
  • Sumber foto : Jurufoto JMG Sabah

 

PROGRAM SEKAMPIT BERAS BKKI JMG SABAH 2022

PROGRAM SEKAMPIT BERAS BKKI JMG SABAH 2022

KOTA KINABALU, SABAH (13 APRIL 2022) : RABU, Bersamaan 10 Ramadhan 1443H, Pengerusi Badan Kebajikkan Kakitangan Islam (BKKI) JMG Sabah Encik Mazuan bin Roslan menyerahkan sumbangan "Program Sekampit Beras" kepada pekerja pembersihan dan jaga pejabat.

Biro Kebajikkan BKKI JMG Sabah dapat mengumpul beberapa hasil sumbangan warga JMG Sabah, mantan-mantan JMG Sabah dan hamba-hamba Allah.

Program Sekampit Beras ini merupakan aktiviti program BKKI JMG Sabah setiap tahun pada bulan Ramadhan.

#BKKIJMGSABAH

  • Sumber maklumat : FB Rasmi JMG Sabah
  • Sumber foto : Jurufoto JMG Sabah

AKTIVITI BKKI JMG SABAH (EDARAN BUBUR LAMBUK) 2022

AKTIVITI BKKI JMG SABAH (EDARAN BUBUR LAMBUK) 2022

KOTA KINABALU, SABAH (11 APRIL 2022) : ISNIN, Buat julung kalinya Biro Wanita BKKI JMG Sabah memasak bubur lambuk untuk edaran kepada semua kakitangan warga JMG Sabah.

Semangat gotong-royong dan kerjasama mereka telah menghasilkan sebanyak 85 bungkus bubur lambuk.

Selain semangat kerjasama, ini juga dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim antara mereka.

Tuan Pengerusi BKKI Sabah Encik Mazuan Roslan juga turut serta dalam penyediaan bubur lambuk ini.

Tahniah Badan Kebajikkan Kakitangan Islam (BKKI) JMG Sabah atas inisiatif ini.

  • Sumber maklumat : FB Rasmi JMG Sabah
  • Sumber foto : Jurufoto JMG Sabah