LAWATAN PEGAWAI JMG SABAH KE AIR TERJUN BALUNG

LAWATAN PEGAWAI JMG SABAH KE AIR TERJUN BALUNG

TAWAU, SABAH ~ 27 November 2017, Pengarah JMG Sabah bersama beberapa orang pegawai JMG Sabah membuat lawatan ke tapak geowarisan.

Lawatan ke air terjun Balung, Tawau ini diketuai oleh En. Paulius Godwin.  Air Terjun Balung ini merupakan salah satu tapak geowarisan, di mana terdapat beberapa batuan geologi yang ditemui di kawasan air terjun ini. Air terjun yang cantik, air yang jernih dan batuan-batuan yang unik ini menjadi daya tarikan pelancong.

Nota : Gambar dari kiri berdiri, En. John Ingkangu, En. Mujahid Supilin, En. Jaineh Linggi, En. Farid Zainudin, En. Khairun Nasir Moktar, Pn. Jenneth Cyril, En. Paulius Godwin dan Tuan Hj. Nurul Huda Romli. Gambar dari kiri duduk, Tuan Hj. Abdul Kadir Ahmad, En. Suhaimie Suman dan Pengarah JMG Sabah En. Mohd Yusop Ramli.