PERBINCANGAN JMG BERSAMA RTM

PERBINCANGAN JMG BERSAMA RTM

KOTA KINABALU, SABAH (16HB JANUARI 2018) : Satu perbincangan antara JMG Sabah dengan RTM Sabah telah diadakan di Bilik Mesyuarat Magnitite JMG Sabah.

Perbincangan ini diketuai oleh tuan pengarah JMG Sabah En. Mohd. Yusop bin Ramli sendiri dan dianggotai oleh Ketua-ketua Unit dan Aktiviti yang terlibat bersama wakil daripada RTM Sabah. Perbincangan ini bertujuan bagi membincangkan tentang penggambaran mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di JMG Sabah.

Pengarah mewajibkan semua Ketua Aktiviti juga terlibat bagi menggalakkan geomarketing selain memberitahu umum kewujudan JMG Sabah dan peranannya. Antara pegawai-pegawai JMG Sabah yang terlibat adalah Pengarah En. Mohd. Yusop bin Ramli, En. Eddie Affandy, Pn. Jenneth Cyril, En. Fredolin, En. Mohd Shafreen, En. Khairun Nasir, En. Paulius, Dr. Frederick, Tuan Hj. Nurul Huda, En. Daulip, En. Cleofos dan En. Farid