TINJAUAN KE TAPAK STOR BASE CAMP RANAU, JMG SABAH

TINJAUAN KE TAPAK STOR BASE CAMP RANAU, JMG SABAH

RANAU, SABAH (12 FEBRUARI 2018) ISNIN : Ahli Jawatankuasa Penilaian Ruang Stor JMG Sabah telah membuat satu lawatan ke tapak stor di base camp Ranau susulan daripada mesyuarat jawatankuasa sebelum ini. Rombongan lawatan ini diketuai oleh Tn. Hj. Abdul Kadir bin Ahmad (Timbalan Pengarah JMG Sabah) selaku pengerusi jawatankuasa tersebut.

 

 

Semua ahli jawatankuasa turut hadir bersama adalah YM. Tengku Zainal Abidin bin Raja Jaafar, Tn. Hj. Japili bin Samin. En. Nickolas Sindam, En. Herorisan bin Paruka, Pn. Suriani binti Ramlee dan Pn. Winnie Juakim. Terdapat 3 orang lagi ahli jawatankuasa tersebut tidak dapat bersama pada lawatan itu disebabkan kekangan kerja masing-masing.

Lawatan ini bertujuan untuk mengkaji semula keperluan dan ruang tapak stor di base camp Ranau. Dalam lawatan ini juga ahli jawatankuasa berpeluang meninjau ke lokasi bekas tapak perlombongan emas dan tembaga di Lombong Mamut, Ranau. Hal ini bertujuan agar ahli-ahli dapat melihat sendiri dan menimba pengetahuan berkaitan perlombongan. Rombongan ini bertolak seawal jam 8.00 pagi dari pejabat JMG Kota Kinabalu dan lebih kurang sehari perjalanan untuk berpatah balik ke Kota Kinabalu dengan lawatan tersebut.

Sumber maklumat : Pn. Suriani binti Ramlee

page 1

page 2