LAWATAN KE TAPAK SICC

LAWATAN KE TAPAK SICC

KOTA KINABALU, SABAH (01 MAC 2018) : KHAMIS, Pejabat Yayasan Sabah telah membuat satu lawatan ke tapak projek Sabah International Convention Centre (SICC). Pihak Yayasan Sabah telah mengundang beberapa agensi kerajaan dan swasta untuk sama-sama hadir ke lawatan tapak projek tersebut.

JMG Sabah juga salah satu yang telah menerima undangan tersebut, En. Goh Khean Seong (Pegawai Geosains) merupakan wakil kepada JMG Sabah dalam lawatan tersebut. Lawatan tersebut juga bertujuan untuk mempromosikan SICC kepada semua. Antara agensi swasta yang ada sama adalah bank-bank, syarikat-syarikat dan beberapa dari agensi kerajaan. Lawatan tapak ini diketuai oleh Pengarah Yayasan Sabah sendiri Yang Berbahagia Datuk Hajah Rosmawati binti Hj. Lasuki.

Sumber foto dan maklumat : En. Goh Khean Seong

sicc

sicc1

sicc2

sicc3