MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL ULANGTAHUN SDC YANG KE-10

MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL ULANGTAHUN SDC YANG KE-10

KOTA KINABALU, SABAH (15 MAC 2018) : KHAMIS, Sabah Development Corridor (SDC) sedang menyambut ulangtahun mereka yang ke-10 (2008-2018). Majlis perasmian karnival ulangtahun ke-10 SDC ini berlangsung di Oceanus Waterfront Mall, Kota Kinabalu pada hari ini. Majlis ulangtahun SDC yang ke 10 ini dirasmikan oleh YAB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan Timbalan Ketua Menteri Sabah mewakili Ketua Menteri Sabah YAB Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa bin Haji Aman. Turut hadir dalam majlis perasmian Karnival Ulangtahun SDC yang ke-10 ini adalah YAB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia.

Majlis ini dihadiri dari pelbagai agensi kerajaan Persekutuan dan Negeri, dari syarikat-syarikat berkaitan, bank-bank berkaitan, media-media dan lain-lain lagi. Jabatan Mineral dan Geosains Sabah juga merupakan salah satu yang dijemput hadir dalam majlis perasmian ulangtahun SDC ini. JMG Sabah diwakili oleh Pengarah JMG Sabah sendiri En. Mohd. Yusop bin Ramli bersama dua orang Pegawai JMG Sabah iaitu En. Eddie Affandy bin Mohd Yusslee (Ketua Unit Pengurusan Maklumat) dan En. Fredoline Javino (Ketua Aktiviti Geologi Alam Sekitar).

Sumber maklumat dan foto : En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee

pic karnival 0

YAB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Timbalan Ketua Menteri Sabah merasmikan

pic karnival 1

Pengarah JMG Sabah bersama KUPM Sabah

pic karnival 2

KAAS bersama KUPM

pic karnival 3

Pegawai JMG Sabah yang hadir majlis perasmian ulangtahun SDC ke -10