SESI TAKLIMAT DAN PERBINCANGAN DI ANTARA SAPURA EXPLORATION & PRODUCTION INC. BERSAMA JMG SABAH

SESI TAKLIMAT DAN PERBINCANGAN DI ANTARA SAPURA EXPLORATION & PRODUCTION INC. BERSAMA JMG SABAH

KOTA KINABALU, SABAH : 17 OGOS 2018 (JUMAAT), Satu sesi taklimat dan perbincangan di antara Sapura Exploration dan JMG Sabah telah dilaksanakan bagi membincangkan kerja-kerja eksplorasi.

Sesi taklimat dan perbincangan di antara Sapura Exploration dan JMG Sabah telah dilaksanakan pada 17hb. Ogos 2018, di Hotel Hyatt, Kota Kinabalu. Tujuan sesi ini adalah untuk berkongsi maklumat berkaitan dengan hasil kerja-kerja eksplorasi yang telah dilaksanakan oleh pihak Sapura Exploration di Kawasan pantai timur Sabah. Di antara perkara-perkara yang dibincangkan termasuklah tafsiran geologi sub-permukaan berdasarkan siasatan geofizik, model tektonik, mekanisma dan proses geologi serta penilaian potensi sumber hidrokarbon (minyak) di kawasan Timur Sabah.

Pihak JMG diwakili oleh Pengarah (Mohd. Yusop Bin Ramli), Ketua SubUnit GeoRunding (Dr. Frederick F Tating), Wakil Ketua Unit Lombong dan Kuari (En. Aidil Bin Arnolous Rema) dan Ketua Aktiviti Geofizik (En. Goh Khean Seong). Sementara pihak Sapura Exploration di wakili oleh En. Matthew Choo dan En. Tan Boon Hua.

Sumber maklumat penulisan : Dr. Frederick F. Tating

Sumber foto : En. Goh Khean Seong

SAP1

SAP2

SAP3