PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN SIBER JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA

PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN SIBER JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA

IPOH, PERAK (29 – 30 APRIL 2019): Satu Program Kesedaran Keselamatan Siber JMG telah diadakan bertempat di Dewan Seminar Pusat Penyelidikan Mineral PPM, Perak. Seminar dimulakan dengan perasmian yang disempurnakan oleh Encik Kamal bin Daril, Timbalan Ketua Pengarah (KEM). Sebanyak tiga ceramah telah dikongsikan pada hari pertama yang mana menyentuh mengenai Polisi Keselamatan Siber KATS, Pengurusan Keselamatan Portal dan Pengenalan kepada ISMS (Information Security Management System/Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat). Pada hari kedua sebanyak dua ceramah telah dikongsikan iaitu Perlindungan Ketirisan Maklumat dan Pelaksanaan Persijilan ISMS di JMG. Seminar diakhiri dengan sesi perkongsian teknologi dan penyampaian sijil kepada wakil peserta program. JMG, Sabah telah menghantar seramai tiga orang pegawai iaitu Encik Wong Vui Chung @ Webster (Ketua Penolong Pengarah), Encik Eddie Affandy bin Mohd Yusslee (Penolong Pengarah Kanan/KUPM) dan Puan Lena Anggie (Pegawai Teknologi Maklumat).