East Asia Summit Seminar On Natural Resources Management and Information Sharing

East Asia Summit Seminar On Natural Resources Management and Information Sharing

TIANJIN, CHINA (10 -13 OKTOBER 2019) - Satu seminar iaitu "The Seminar On Natural Resources and Information Sharing For East Asia Summit Member Nation" telah dihadiri oleh dua orang pegawai yang mewakili JMG Malaysia iaitu En. Hillary Muyan (Timbalan Pengarah JMG Sarawak) dan En. Webster Wong (Menanggung Timbalan Pengarah Sumber Mineral JMG Sabah) bertempat di Tianjin Meijiang Convention Center. Seminar ini dianjurkan oleh Development Research Center, China Geological Survey dan telah ditaja oleh Ministry of Foreign Affairs of the People's Republic of China, Ministry of Natural Resources of the People's Republic of China dan China Geological Survey.

                china 1

 

Negara yang turut hadir dalam seminar tersebut adalah dari Negara China Sendiri, Malaysia, Cambodia, Laos dan Myanmar. Seminar ini telah berlangsung dari 10 Oktober hingga 13 Oktober 2019. Seminar kali ini bertemakan "Coordinate Management of Environment and Resources & Joint Establisment and Sharing of Geoscience Information" dimana perkara yang menjadi tumpuan dalam seminar kali ini adalah status semasa dan tinjauan persekitaran dan sumber semula jadi, tinjauan dasar, peraturan dan rangka kerja pengurusan terhadap alam sekitar dan sumber asli dalam negara, status maklumat sistem sains bumi didalam negara, dan cadangan mengenai perkongsian maklumat geosains mengenai pembangunan mampan untuk manusia.

         china 2                                                       En. Webster Wong sedang memberikan perkongsian maklumat.

 

          china 3

           china 4

           china 5

           Sesi bergambar En. Webster Wong dan En.Hillary Muyan bersama wakil dari negara lain iaitu, Cambodia, Myanmar, Laos dan China

            china 6

            china 8

Tahniah kepada En. Webster Wong dan En. Hillary Muyan yang telah mewakili Malaysia dan hadir dalam Seminar "East Asia Summit Seminar on Natural Resources Management and Information Sharing."