MESYUARAT AJK BLOGGER JMG SABAH BIL. 1/2020

MESYUARAT AJK BLOGGER JMG SABAH BIL. 1/2020

KOTA KINABALU, SABAH (26 FEBRUARI 2020): RABU, Jawatankuasa Blogger JMG Sabah telah mengadakan satu mesyuarat pertama bagi tahun 2020 di Bilik Mesyuarat Chromite, Tingkat 3, Blok Jesselton pada tarikh 26 Februari 2020, pukul 9.30 pagi.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Moderator Blogger JMG Sabah iaitu En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee (KUPM). Semua ahli blogger JMG Sabah telah menghadirkan diri, antaranya Pn. Suriani binti Ramlee, Pn. Besty Jenny Adim, En. Adyrean Edero Jingkah, En. Abdul Arif bin Tahar, En. Patrick Gindol dan En. Ruddey John Michael. Dua orang lagi ahli blogger JMG Sabah En. Herorisan bin Paruka dan En. Mohd. Azrol bin Hanaffi tidak dapat menghadirkan diri kerana berada di luar kawasan menjalani tugas.

Tujuan mesyuarat diadakan bagi membincangkan perjalanan dan perancangan blog JMG Sabah bagi tahun 2020. Dalam mesyuarat juga Pengerusi maklumkan bahawa hanya tiga nama ahli sahaja yang boleh memasukkan data blog ke dalam website, namun blogger lain masih boleh menjalankan tugas untuk mendapatkan berita-berita terkini berkaitan JMG Sabah.
Banyak perkara dibincangkan dari segi memperbaiki blog JMG Sabah. Mesyuarat berakhir sekitar pukul 11.00 pagi.

Sumber Maklumat : En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee
Sumber Foto : En. Adyrean Edero Jingkah