BENGKEL PENYEDIAAN MAKLUMAT PEMBINAAN BANGUNAN MINI KETSA

BENGKEL PENYEDIAAN MAKLUMAT PEMBINAAN BANGUNAN MINI KETSA

RANAU, SABAH (13 JULAI 2020): ISNIN, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah (JMG)  telah menghantar beberapa wakil untuk menghadiri satu bengkel penyediaan maklumat bagi pembinaan bangunan mini KeTSA anjuran Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia Sabah (JUPEM).

Latihan yang telah berlangsung selama tiga hari bermula dari 13 Julai hingga 16 Julai 2020 tersebut telah dihadiri oleh seramai enam orang kakitangan dari JMG Sabah iaitu ChM Dr. Morius Bantas, En. Eddie Afandy, Pn. Rizidah Majawal, Pn. Besty Jenny, En. Arif Tahar dan En. Ruddey John Michael serta wakil-wakil daripada Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia Sabah (JUPEM) dan seorang wakil dari Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Sabah (JKPTG).

Tujuan bengkel diadakan adalah untuk sama-sama membincangkan perkara-perkara serta input-input penting yang diperlukan dalam penyediaan maklumat pembinaan bangunan mini KeTSA dan diharapkan dapatan daripada bengkel ini akan dapat menjadi asas dan garis panduan yang kukuh dalam penghasilan kertas kerja yang lengkap bagi pembinaan bangunan mini KeTSA di masa akan datang.

Sumber maklumat, foto, penulisan : En. Ruddey bin John Micheal